Tuesday 10 February 2009

permohonan DPLI kemasukan julai 2009

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH):
-Sejarah
-Pendidikan Jasmani
-Geografi
-Pengajian Am
-Kaunseling
-Seni / Seni Visual
-Perdagangan / Perniagaan
-Pendidikan Moral
-Muzik
-Sivik & Kewarganegaraan
-Guru Al-Quran KAA
-Pendidikan Islam
-Pendidikan Khas
-Elektrik dan Elektronik
-Amalan Bengkel Mesin
-Kimpalan
-Automatif
-Penyejukan Penyamanan Udara
-Binaan Bangunan
-Ekonomi Rumah Tangga
-Sains Pertanian
-Computer Programming
-Kemahiran Teknikal
-Perdagangan / Keusahawanan
-Tanaman Makanan
-Lukisan Kejuruteraan
-Bahasa Arab
-Bahasa Cina
-Kesusasteraan Cina
-TESL

PENEMPATAN:
IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

(Calon guru akan ditempatkan selama setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing)

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT AM
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK (CGPA) sekurang - sekurangnya 2.75
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai
-Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai

SYARAT KHAS PROGRAM
-Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

-Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.

-Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

SYARAT TAMBAHAN
-Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah (skrol) sahaja yang akan dipertimbangkan.

-Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

-Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

-Sila semak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

-Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 12 Mac 2009.

Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
-Maklumat Permohonan
-Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
-Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
-Akuan majikan (Jika Berkaitan)
-Salinan Transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda bagi 6 semester
-Salinan Ijazah/Skroll (jika ada)
-Salinan sijil Diploma/Sijil SPM
-Ujian MEdSI dan Temuduga

Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan.

Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 13 April 2009 melalui laman web http://www.mpm.edu.my. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

Panggilan temuduga boleh disemak mulai 11 Mei 2009 melalui laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

-Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

-Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON:
Untuk memohon, beli no. PIN dengan no. MyKad (Kad Pengenalan) anda dengan harga RM20.60 di mana-mana Cawangan BSN atau Mesin ATM GIRO BSN.
Pilih Menu GURU > NO. PIN

TEMPOH PERMOHONAN:
9 Februari 2009 sehingga 9 Mac 2009

Isi Borang Permohonan On-line di:
http://upu.mohe.gov.my
https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/dpli/mohon.php

Tarikh Tutup: 9 Mac 2009

PERHATIAN :

Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;

-Pemohon Lepasan Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang - sekurangnya 2.75. mengemukakan permohonan mulai 9 Februari 2009 hingga 9 Mac 2009.

-Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan sehingga permohonan akhir SAH & HANTAR seterusnya TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA.

-Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan

-Pengunaan No. Kad Pengenalan/ MyKad serta Kata Laluan, Nama Ibu & kod Imej ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan permohonan;

-Kata Laluan & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumat;

-Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati.

KALENDAR PERMOHONAN DPLI :

9 Februari 2009 : Tempoh Permohonan On-line

9 Mac 2009 : Tarikh Tutup Permohonan On-line

12 Mac 2009 : Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA

13 April 2009 : Semakan untuk Ujian MEdSI

18 April 2009 : Ujian MEdSI

11 Mei 2009 : Semakan untuk Temuduga DPLI

Mei / Jun 2009 : Tempoh Temuduga DPLI

Julai 2009 : Kemasukan DPLI di IPTA

* Tertakluk kepada perubahan

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

fiuhhhh...aku pening nih....aku pening2 sampai banyak kerja terpaksa di 'reject' disebabkan perkara2 yg sememangnyer tak dpt dielakkan. confuse?????????? mana nih....sambung master????? ader sorang member aku sambung master....dengar dia sambung master....macam rindu pulak kat UPM tuh..rindu kat SAS1..rindu lab..tapi....untuk masa depan yg lebih terjamin...apply DPLI memang baguih! ada elaun for 'sara diri' huhuhuhuhuhuhuhuh...lagupun mak n ayah ku di kg tuh tak sabar tengok aku kerja...katanya mak ngan ayah doakan Awin dpt kerja secepat mungkin..lega hati mak...iyelah aku yg bongsu..tuh yg aku pening...harapan mak ayah..cita cita aku..impian aku...wawawawawawa..tapi restu mak ayah penting...kalo ikut rentak kite jer tanpa restu..terlingkup gak nanti fiuhhhhhhhhhh!..sekarang aku amek keputusan amek kerja part time temporary clerk kat I-Premium dulu....sambil tuh berfikir ngan waras...banyak yg kena fikir nih sebab ia melibatkan kehidupan seharianku di masa akan datang nanti.....lagipun sebenarnyer...aku nak curi masa untuk part time bisnes hahahahahahahahahahahaaaaaa! susah kalo jiwa bisnes nih dah menebal dalam diri huhuhuhuhuhuhuhuhu.....................MAK AYAH NANTI AWIN DAPAT DUET BANYAK2 AWIN BAWAK MAK AYAH GI HAJI SEKALI LAGI YE! PROMISE!!!!

No comments:

Post a Comment